Latihan Pengukuhan



Penjodoh Bilangan
Isi tempat kosong dengan perkataan yang betul.
bilah
bungkus
pasang
buah
ekor
orang
sikat
helai
botol
buku






1           Encik Ali se ___________ doktor.

2          Bapa membeli dua __________ nasi lemak.

3          Siti ada se __________ kasut yang baru.

4          Nenek memotong kuih dengan se __________ pisau.

5          Di tepi laut ada se __________ rumah yang besar.

6          Datuk membela tiga __________ itik di belakang rumah.

7          Saya telah minum se __________ air.

8          Ibu membeli se __________ pisang di pasar.

9          Kakak memakai se __________ baju yang cantik.

10      Di atas meja ada se __________ roti.





Pemahaman (Pengukuhan)
Anak Kucing Siti
        Siti ada seekor anak kucing. Nama anak kucingnya Mimi. Mimi berbulu putih dan berbelang perang pada badannya.
        Mimi masih kecil. Mimi belum pandai menangkap tikus. Siti beri Mimi susu dan ikan.
        Mimi suka bermain. Siti selalu bermain dengan Mimi. Siti menjaga anak kucingnya dengan baik.
    1.  Apakah binatang yang dibela oleh Siti?
               A    Anak kucing
               B     Anak anjing
               C     Arnab
    2. Apakah nama anak kucing Siti.
                A      Nama anak kucing Siti ialah Si Putih
                B      Nama anak kucing Siti ialah Mimi
                C      Nama anak kucing Siti ialah Minu
    
3.       Adakah Mimi berbulu putih sahaja?
                A      Ya, Mimi berbulu putih sahaja
                B      Tidak, badannya berbelang perang
                C      Tidak, badannya berwarna perang sahaja

4.       Mengapakah Mimi belum pandai menangkap tikus?
                A      Kerana Mimi malas
                B      Kerana Mimi masih kecil
                C      Kerana Mimi suka makan ikan

5.       Bagaimanakah Siti menjaga anak kucingnya?       
                A      Siti menjaga anak kucingnya dengan kasah
                B      Siti menjaga anak kucingnya dengan selamat
                C      Siti menjaga anak kucingnya dengan baik



Bahasa Malaysia Tahun 1
Aktiviti Pengayaan
A. Pilih jawapan yang paling tepat.

1. Aishah sedang            di atas pentas.
   A. bercerita              B. berenang

2. Ahmad            ikan di tepi jalan.
    A. menyimpan           B. menjual

3. Dia             ke sekolah tiap-tiap hari.
    A. berlari                 B. berjalan

4. Yong Ping            bola dengan kawannya di padang.
    A. bertutur              B. bermain

5. Zaki sedang            nasi.
    A. makan                  B. telan

6. Adik saya            televisyen pada hari Ahad..
    A. menangis              B. menonton

7. Kuda itu            dengan pantas.
    A. melihat                B. berlari

8. Angin            dengan kencang.
A. mencium               B. bertiup





B. Gariskan jawapan yang betul.

1. Encik Wong ( menyiram, membuka ) pokok cilinya.

2. Puan Ming ( mencuba, mencuci ) pinggan di dapur.

3. Ayah gemar ( mendengar, menonton ) radio.

4. Kakak ( menjual, menjahit ) bajunya yang koyak.

5. Ah Kam ( mengambil, membuang ) sampah ke dalam tong.

6. Kakak ( mengupas, membeli ) bawang dengan pisau.

7. Hobi saya ialah ( membelah, membaca ) buku cerita.

8. Guru itu ( mengajar, mengejar ) murid-murid di dalam kelas.

9. Dia ( menyiram, menyapu ) dedaun kering di halaman rumah.

10. Monyet itu ( memanjat, menolong ) pokok kelapa.


0 comments:

Post a Comment